Sunday, June 9, 2013

Bukti Allah Maha Esa dan Maha Pencipta

Berikut merupakan antara gambar-gambar sejarah silam manusia terdahulu daripada kita. Keajaiban ini masih wujud sehingga kini untuk memberi pengajaran dan panduan ilmu pengetahuan untuk kita masyarakat tamadun masa kini.

Betapa banyak perkara yang berlaku sebelum kita dan banyak yang telah diceritakan di dalam Al-Quran dan kitab-kitab yang lain. Ini membuktikan Allah, tuhan yang Maha Esa dan Bijaksana.  Mari kita sama-sama terokai keajaiban ini.

1. Bahtera Nabi Nuh
Bahtera Nabi Nuh a.s ini telah diceritakan di dalam Al-Quran,pembinaan bahtera ini dan di mana terdamparnya bahtera ini iaitu di Gunung Judi, sehingga kini gambar inilah yang sering dikatakan sebagai bahtera Nabi Nuh a.s. Gunung Judi telah bertukar nama kepada bebarapa nama,iaitu Gunung Armenia dan Gunung Guardian.

Gunung Ararat, Turki

2- Petra, Jordan


Kisah Nabi Salleh a.s menceritakan Petra di Jordan dimana kaum Thamud yang ingkar telah dibinasakan oleh Allah s.w.t setelah mereka membunuh unta Nabi Salleh a.s.

3. Taman Babylon - taman ini  tidak lagi wujud pada masa ini, akan tetapi pelukis terdahulu telah menggambarkan taman ini seperti:
 
taman ini merupakan taman yang indah. semasa pemerintahan Nabi Ibrahim a.s, taman ini telah wujud dan digelar 'Babil' dalam Al-Quran (Al-Baqarah:Ayat 102). Pada hari ini, hanya terdapat longgokan dan timbunan tanah serta kesan runtuhan bangunan dan batu bata di tanah subur Mesapotamia di antara Sungai Tigris dan Sungai Furat.

4. Laut Mati (Jordan)



Laut Mati ini mengisahkan berkenaan Nabi Luth a.s, Nabi kepada kaum Sadom yang mana telah melakukan aktiviti songsang dari kebiasaan manusia biasa. Maka, Allah menyongsang terbalikkan negeri mereka sehingga binasa. Sehingga hari ini, air laut menjadi kunjungan ramai manusia kerana kemasinan lautnya tidak sama seperti laut biasa dan manusia yang tidak boleh berenang pun boleh terapung dia atasnya!!!- Subhanallah....

5. Piramid dan Sphinx di Mesir

Sehingga kini, kewujudan piramid ini, masih menjadi tanda tanya di kalangan saintis dan ahli arkeologi. Piramid ini telah wujud pada zaman pemerintahan Firaun yang kejam dan zalim,akan tetapi kisah pembinaan piramid tidak diceritakan di dalam Al-Quran. Al-Quran telah menceritakan seorang Raja yang zalim telah memerintah Mesir ketika itu,Firaun- dan kemusnahan kerajaan Firaun di Mesir juga diceritakan di dalamnya.Dan semasa pemerintahan raja zalim ini, 2 orang Rasul telah diutus bagi menyedarkan Firaun, iaitu Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s.

6. Laut Merah


Laut ini telah dikisahkan di dalam Al-Quran, ketika Nabi Musa a.s menyelamatkan kaum Israel dari cengkaman Firaun yang zalim. Kisah Laut Merah yang terbelah itu juga telah menjadi sebutan dari penganut agama lain yang mempercayai kisah Nabi Musa a.s (Moses) yang telah membelah laut menggunakan tongkatnya dan menyeberangi laut itu dengan selamat dan tenggelamnya Firaun di dasar laut. Penemuan Firaun pada tahun 1975 manakala kerajaan dan patung-patungnya pada tahun 2001 di dasar laut.





7. Telaga Zam-Zam


Telaga ini memiliki sumber air mineral semula jadi yang penuh dengan zat galian-merupakan air yang sangat baik. Telaga ini telah dikisahkan juga di dalam Al-Quran, kisah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Telaga ini juga digelar sebagai 'Injakan Malaikat Jibril'.

8. Kaabah


Pengasas Kaabah ialah Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s. Kaabah merupakan kiblat panduan bagi Muslim masa kini dan di Makkah inilah juga Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan.

Pelbagai tempat di dunia ini mempunyai pelbagai cerita di dalamnya. Subhanallah, Maha Suci Allah...

No comments:

Post a Comment