Friday, June 7, 2013

Asal Usul Kalendar

Kita sering mencatit, menanda, mencoret kalendar di hadapan kita....

Tapi, tahukah kita bagaimana, dari mana, perkiraan kalendar dicipta?
perkara ini membuatkan kita berfikir... akan kalendar...
Tahun berganti tahun,..masa tetap berdetik tanpa menunggu sesiapa.....
Tarikh/Takwim ditentukan oleh orang-orang terdahulu melalui peredaran bulan, matahari dengan menggunakan hari dan bulan.

Kalendar Suria (Solar) 

Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya ialah Kalendar Gregorian dan Takwim Julius.

Kalendar Qamari (Lunar) 


Kalendar Qamari adalah berpandukan bulan semata-mata, iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah.

Kalendar Lunisolar 

Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari. Contohnya ialah Kalendar Cina.


Takwim Julius

  • telah diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar dan dikuatkuasakan pada tahun 45 SM (709 ab urbe condita)
  • direka bentuk lebih kurang menyamai tahun tropika yang telah diketahui sekurang-kurang sejak zaman Hipparchus lagi
  • terdiri daripada 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambahkan pada bulan Februari setiap empat tahun. 
  • masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan masih digunakan oleh banyak gereja Ortodoks negara

Takwim Gregory

  • takwim yang paling banyak digunakan di hampir Seluruh Dunia. Ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit
  • Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga, perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi.

No.NamaJumlah Hari
1Januari31
2Februari28 atau 29
3Mac31
4April30
5Mei31
6Jun30
7Julai31
8Ogos31
9September30
10Oktober31
11November30
12Disember31

Takwim Hijrah

  • merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.
  • penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidinyang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arabyang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
  • Saidina Umar r.a telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
  • peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan.
  • terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari

Pengharaman mengubah bilangan bulan dalam Takwim Hijrah

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
 dalam khutbah terakhir baginda,  Nabi Muhammad s.a.w  di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah (perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):

Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: ZulkaedahZulhijjah dan Muharram, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.

tiga bulan suci (atau bulan haram) berturut-turut yang dinyatakan oleh baginda iaitu ZulkaedahZulhijjah dan Muharram

Bulan suci yang tunggal lain ialah Rejab.


p/s:Jadi,kalendar Takwim Gregory & Takwim Hijrah yang kita telah gunakan di negara kita Malaysia sejak dahulu lagi. Bagi kita umat Nabi Muhammad s.a.w, wajib menggunakan Takwim Hijrah sebagai rujukan. Pernah kita kaji di bulan dan tahun hijrah apa kita lahir?.. sebab kita patut tahu, hari, tarikh dan tahun kita dilahirkan, kita tak akan tahu hari, tarikh dan tahun bila kita akan dimatikan oleh Maha Pencipta... Jadi, sama-sama kita kongsi buat peringatan kita yang selalu lupa :)



 


No comments:

Post a Comment