Monday, June 10, 2013

BACAAN DALAM RUKUN SOLAT

Sebagaimana yang kita tahu, rukun solat (sembahyang) ada 13 perkara.

1-Berdiri betul - Kalau kita tak mampu...kita boleh sembahyang dalam keadaan duduk, tapi kalau tak larat nak duduk baring pun dibolehkan

2-Niat 

3-Takbiratul Ihram - Ucapkan  ,Allahuakhbar (Allah Maha Besar)

Bagi Lelaki - ketika mengangkat takbir, tangan perlu diangkat seinggi paras telinga (seperti rajah)

Bagi Perempuan - ketika mengangkat takbir, tangan hanya diangkat sedikit, rapat:- separas dagu dan rapat ke dada (seperti rajah)

4. Al Fatihah -

5. Rukuk + Thomakninah - Membongkokkan badan 90 darjah dengan tangan di atas lutut.



subhana Robbiyal 'azimi wabihamdih
(Maha Suci Tuhan yang Maha Agung)

6. Iktidal + Thumakninah - berdiri tegak selepas rukuk, dengan mengangkat takbir sambil mengucapkan 
tangan diletak ke bawah, dan membaca




7. Sujud dengan Thumakninah - Membongkok sujud, lutut, telapak tangan, hidung dan dahi  mencecah lantai. 

Bagi Lelaki (Tangan perlu dibengkokkan besar sedikit-seperti dalam rajah)
Bagi perempuan (Tangan perlu dibengkokkan ke dalam, rapat- seperti rajah)


 
Subhana Robbiyal 'azimi wabihamdih-3kali
(Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi)

8. Duduk antara dua sujud dengan Thumakninah 
Bagi lelaki dan perempuan - duduk dengan kedudukan kaki sebelah kiri dilipat ke dalam dan diletak di atas punggung, manakala kaki yang sebelah kanan dikeluarkan tegak dengan jari-jari kaki terlipat ke dalam (seperti rajah) dan bacalah :-
Robbigh firli warhamni wajburni warfa'ni warzuqni wahdini wa'afini wa'fua;nni

9. Duduk Tahaiyat Akhir -
Bagi lelaki dan perempuan - Kedudukan adalah seperti rajah      

10. Membaca Tahaiyat Akhir -
 

11. Membaca Selawat - Selawat di dalam tahiyat

12. Bagi Salam - Memalingkan muka ke arah kanan dan kiri sambil beri salam. Sejahteralah ke atas kamu.

13. Tertib - ikut aturan dan turutan.

Perkara lain selain dalam rukun ini merupakan sunat. Akan tetapi, kita wajib untuk mengerjakan solat. :)

NABI ADAM DICIPTAKAN OLEH ALLAH S.W.T

Nabi Adam a.s dibuat daripada tanah, dan sumber ini diperolehi daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Penciptaan_Adam_menurut_Islam

Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Surat Al Baqarah: 30)

Malaikat pertama yang diperintahkan untuk turun ke bumi untuk mengambil tanah ialah Jibril a.s 
Kedua, Malaikat Mikail, Ketiga, Malaikat Israfil - kesemua malaikat ini telah meminta izin dari bumi untuk mengambil tanahnya, namun bumi tidak memberikan tanahnya kerana bimbang akan pembentukan Adam seperti mana kebimbangan para malaikat yang lain. Akhirnya, Allah s.w.t memerintah Malaikat Izrail untuk mengambil tanah dari bumi dan memaksa bumi menyerahkan tanahnya dengan mengatakan itu tugasan yang telah diberi Allah kepadanya. Bumi pun tunduk dan membenarkan tanahnya diambil:

Menurut Ibnu A'bbas tanah yang digunakan adalah :

Salah satu tanah yang digunakan ialah tanah syurga- pembentukan hati Nabi Adam a.s.

Manusia pertama yang dicipta Allah sangat menakjubkan. Penciptaan Adam a.s membuktikan manusia sebenarnya berasal daripada tanah, akan tetapi manusia tetap akan dilahirkan melalui rahim ibunya sempurna kulit dan fizikalnya, mempunyai nyawa dan boleh bernafas dengan izin-Nya. 

Pembentukan janin kepada bayi seorang manusia juga sangatlah unik kejadiannya. layari: http://lailizah.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm

 peringkat janin mengikut bulan

Dari air mani, menjadi darah, menjadi daging, menjadi tulang, ditiup roh, menjadi janin dan membesar menjadi fetus di dalam perut ibu. Penghargaan bagi seorang ibu yang telah mengandung dan melahirkan kita semua. :)

Bencana Alam

Bencana Alam membuktikan bumi ini sudah tua begitu juga dengan planet-planet yang lain.Kita juga telah diberitakan tentang Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ajaran yang telah dibawanya. di dalam Al-Quran juga telah menyatakan banyak kejadian yang telah berlaku kepada bumi, sebelum, semasa, sesudah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Masih lagi untuk mempertikaikan kekuasaan Allah?

Mari kita kaji berkenaan bencana-bencana yang melanda bumi yang sering tersiar di tv, akbar dan majalah-majalah pada masa kini dan perbandingannya dengan bencana @ azab Allah kepada umat manusia yang ingkar terdahulu (yang mana telah diceritakan di dalam Al-Quran) :

1. GEMPA BUMI DAN TANAH RUNTUH 
Dahulu, Kaum : Thamud (Nabi Salleh a.s), Sadom (Nabi Luth a.s), Aad (Nabi Hud a.s), Madyan (Nabi Syuib a.s).
 kaum A'ad
Sekarang, menggegarkan bumi di serata tempat- gempa bumi merupakan pergerakan yang berlaku pada kerak bumi. Kerap berlaku terutamanya di kawasan lingkaran api pasifik di mana di kawasan itu terdapat gunung berapi aktif. Akan tetapi, gempa bumi kerap sahaja berlaku dan yang paling terbaru berlaku di Filipina. Gempa bumi, mampu memusnahkan rumah, ternakan, manusia, dan tumbuh-tumbuhan.. Dan kebiasaanya, gempa bumi meninggalkan kesan yang agak ketara seperti tanah runtuh, retakan pada tanah,dinding rumah dan sebagainya.


earthquake in italy a dam 003 Calabria Mourns for L'Aquila Earthquake Victims

2. TSUNAMI DAN BANJIR

Dahulu, Kaum Nabi Nuh a.s ditenggelami air/bah yang besar kecuali kaumnya yang beriman. Berapa besar banjir yang melanda itu, hanya dapat difikirkan dengan wujudnya bahtera baginda yang besar itu menyelamatkan orang-orang beriman dan haiwan-haiwan yang berpasangan. Sungguhpun begitu, disitulah bermulanya zaman manusia mengenali hujan dan banjir. Kita semua tahu, bahawa dulu, bumi ini diliputi banyak daratan dan kini bumi diliputi lebih lautan (air) dan daratan telah terpisah-pisah dan tenggelam.



Sekarang, sinonim dengan adanya gegaran kerak bumi, kita sentiasa berwaspada dengan kemunculan tsunami. Tsunami telah berlaku pada tahun 2011 di Japan dan pada tahun 2004 di Banda Acheh, Indonesia. Dan kedua-dua tsunami ini menjadi sejarah pada zaman millenium ini. Gelombang tsunami telah mengakibatkan banjir yang besar dan merosakkan harta benda keseluruhan tempat yang dilaluinya.. Nauzubillahiminzalik.

 tsunami Japan

 tsunami Banda Acheh, hanya Masjid sahaja yang tinggal, seperti padang jarak yang telalu luas. Subhanallah.

3. RIBUT TAUFAN
Dahulu, Ribut taufan telah diceritakan dalam surah Al-Ankabut : Ayat 40 tentang binasa yang diturunkan kepada manusia yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya.



Sekarang, Ribut Taufan melanda Amerika Syarikat, pada tahun 2012 dan beberapa lagi negara yang lain.



5. PUTING BELIUNG
Terbaru Puting Beliung di Bandar Joplin, Amerika Syarikat dilanda puting beliung. telah membawa kepada kerosakan yang besar.
Path of destruction: No house escaped the wrath of nature in some of Minneapolis 

Terdapat banyak lagi bencana alam yang melanda pada masa kini. Bermuhasabah lah kita ke arah kebaikan. Sesungguhnya bencana alam ini telah diceritakan di dalam Al-Quran dalam pelbagai surah dan juga berkenaan dengan hari Qiamat. Banyak kerosakan di muka bumi yang manusia telah lakukan. Rujukla semula surah:

Al-Ankabut: Ayat 40
Ar-Rum: Ayat 41
Az-Dzariyat: Ayat 60

dan lain-lain lagi. Renungkanlah untuk menjadi manusia yang beriman kepada Allah s.w.t dan Rasulnya, atau menjadi manusia yang kufur dan munafik. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun dan Mengasihani makhluk-makhluknya. Wallahua'lam bis sawab.

Sunday, June 9, 2013

Bukti Allah Maha Esa dan Maha Pencipta

Berikut merupakan antara gambar-gambar sejarah silam manusia terdahulu daripada kita. Keajaiban ini masih wujud sehingga kini untuk memberi pengajaran dan panduan ilmu pengetahuan untuk kita masyarakat tamadun masa kini.

Betapa banyak perkara yang berlaku sebelum kita dan banyak yang telah diceritakan di dalam Al-Quran dan kitab-kitab yang lain. Ini membuktikan Allah, tuhan yang Maha Esa dan Bijaksana.  Mari kita sama-sama terokai keajaiban ini.

1. Bahtera Nabi Nuh
Bahtera Nabi Nuh a.s ini telah diceritakan di dalam Al-Quran,pembinaan bahtera ini dan di mana terdamparnya bahtera ini iaitu di Gunung Judi, sehingga kini gambar inilah yang sering dikatakan sebagai bahtera Nabi Nuh a.s. Gunung Judi telah bertukar nama kepada bebarapa nama,iaitu Gunung Armenia dan Gunung Guardian.

Gunung Ararat, Turki

2- Petra, Jordan


Kisah Nabi Salleh a.s menceritakan Petra di Jordan dimana kaum Thamud yang ingkar telah dibinasakan oleh Allah s.w.t setelah mereka membunuh unta Nabi Salleh a.s.

3. Taman Babylon - taman ini  tidak lagi wujud pada masa ini, akan tetapi pelukis terdahulu telah menggambarkan taman ini seperti:
 
taman ini merupakan taman yang indah. semasa pemerintahan Nabi Ibrahim a.s, taman ini telah wujud dan digelar 'Babil' dalam Al-Quran (Al-Baqarah:Ayat 102). Pada hari ini, hanya terdapat longgokan dan timbunan tanah serta kesan runtuhan bangunan dan batu bata di tanah subur Mesapotamia di antara Sungai Tigris dan Sungai Furat.

4. Laut Mati (Jordan)



Laut Mati ini mengisahkan berkenaan Nabi Luth a.s, Nabi kepada kaum Sadom yang mana telah melakukan aktiviti songsang dari kebiasaan manusia biasa. Maka, Allah menyongsang terbalikkan negeri mereka sehingga binasa. Sehingga hari ini, air laut menjadi kunjungan ramai manusia kerana kemasinan lautnya tidak sama seperti laut biasa dan manusia yang tidak boleh berenang pun boleh terapung dia atasnya!!!- Subhanallah....

5. Piramid dan Sphinx di Mesir

Sehingga kini, kewujudan piramid ini, masih menjadi tanda tanya di kalangan saintis dan ahli arkeologi. Piramid ini telah wujud pada zaman pemerintahan Firaun yang kejam dan zalim,akan tetapi kisah pembinaan piramid tidak diceritakan di dalam Al-Quran. Al-Quran telah menceritakan seorang Raja yang zalim telah memerintah Mesir ketika itu,Firaun- dan kemusnahan kerajaan Firaun di Mesir juga diceritakan di dalamnya.Dan semasa pemerintahan raja zalim ini, 2 orang Rasul telah diutus bagi menyedarkan Firaun, iaitu Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s.

6. Laut Merah


Laut ini telah dikisahkan di dalam Al-Quran, ketika Nabi Musa a.s menyelamatkan kaum Israel dari cengkaman Firaun yang zalim. Kisah Laut Merah yang terbelah itu juga telah menjadi sebutan dari penganut agama lain yang mempercayai kisah Nabi Musa a.s (Moses) yang telah membelah laut menggunakan tongkatnya dan menyeberangi laut itu dengan selamat dan tenggelamnya Firaun di dasar laut. Penemuan Firaun pada tahun 1975 manakala kerajaan dan patung-patungnya pada tahun 2001 di dasar laut.





7. Telaga Zam-Zam


Telaga ini memiliki sumber air mineral semula jadi yang penuh dengan zat galian-merupakan air yang sangat baik. Telaga ini telah dikisahkan juga di dalam Al-Quran, kisah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Telaga ini juga digelar sebagai 'Injakan Malaikat Jibril'.

8. Kaabah


Pengasas Kaabah ialah Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s. Kaabah merupakan kiblat panduan bagi Muslim masa kini dan di Makkah inilah juga Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan.

Pelbagai tempat di dunia ini mempunyai pelbagai cerita di dalamnya. Subhanallah, Maha Suci Allah...

Wudhu' (Air Sembahyang)

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk solat (mengerjakan sembahyang) iaitu menyembah yang Maha Esa, Maha Pencipta (Allah). Akan tetapi, sebelum menunaikan solat, kita mestilah berwudhu' yakni menggunakan air yang bersih (mutlak) ataupun sekiranya tiada air, kita dibolehkan bertayammum menggunakan debu pasir yang bersih. Islam mewajibkan manusia dengan menjaga kebersihan,suci dalam segala aspek, sebab itu Islam itu indah,harmoni dan sejahtera :-)

Syarat Wajib berwudhu':
1. Islam.

2. Baligh.

3. Berakal.

4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi.

5. Berlakunya hadath.

6. Suci daripada haidh dan nifas.

7. Kesempitan waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.



Syarat sah berwudhu':

1) Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu')

2) 
Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun

3) Air Mutlak

4) Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.

5) Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatu di kulit, pewarna rambut dan sebagainya.

6) 
Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.


7) Menghilangkan najis ‘ain yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu’.



Jenis-Jenis Air Mutlak -Air yang tidak bercampur dengan benda lain dan belum digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas (wudhu').

1. Air hujan.
2. Air embun.
3. Air laut.
4. Air sungai.
5. Air perigi/ telaga
6. Air mata air.
7. Air Salji

Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih, jernih, keruh, masam, masin dan sebagainya.
Air di atas mudah untuk kita perolehi, di mana sahaja dengan izin Allah.
Sebaik sahaja mendapatkan air mutlak, bermulalah untuk berwudhu' :-

Rukun wudhu' ada 6 perkara yang wajib kita ketahui:

1) Niatdiniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka
 
Nawaitu rof 'alhadathil asghari Lillahi Ta'ala

Erti: Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta'ala

atau

Nawaitu rof 'alhadathil asghari Lillahi Ta'ala

Erti: Sahaja aku berwudhu' kerana Allah Ta'ala

2) Membasuh Muka
mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka, - 3 Kali.


dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri



3) Membasuh Kedua tangan hingga ke siku- 3 Kali.



dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti pula dengan tangan kiri.
Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.

4) Menyapu Air Ke Kepala- 3 Kali.


  
merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut,ubun-ubun dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. 

5) Membasuh Kedua Kaki- 3 Kali.

 
mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu.

6) Tertib
mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.


Walaupun rukun wudhu' ada 6 perkara, kita juga digalakkan melakukan sunat-sunat di dalam berwudhu' seperti:-

Menghadap ke arah Kiblat.
  • Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
  • Berkumur atau bersugi.
  • Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • Mencuci kedua telinga sebanyak 3 kali, kebiasaannya dilakukan selepas rukun wudhu' yang keempat (menyapu air di kepala). Had untuk telinga seperti,
  •  -- jari telunjuk di anak telinga, ibu jari dipusingkan di seluruh belakang daun telinga bermula dari bawah (cuping telinga) ke atas dan diulangi sebanyak 3 kali.-pastikan seluruh telinga dibasahi dengan air wudhu'.
  • Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • Mengulangi 3 Kali setiap basuhan.
  • Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
  • Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
  • Berjimat ketika menggunakan air.
  • Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
  • Membaca Doa setelah selesai berwudhu'.
  • Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ke baldi (digunakan untuk menadah air wudhu').
  • membaca doa selepas wudhu':

 
Ashyhadu alla ilahaillallah wahdahula shyarikalah. Wa ashyhadu anna Muhammadan 'abduhu warosulluh. Allahummaj'alni minattawabina waj'alni mina lmutatohhirina waj'alni min 'iba dikassollihin.

Kita juga perlu tahu berkenaan dengan beberapa perkara yang boleh membatalkan wudhu':

1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi.

2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk.

3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya.

4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah mati.

5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri.

6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam

Jadi, dengan pengetahuan yang serba sedikit ini dapatlah menjadi panduan untuk kita gunakan sepanjang kehidupan seharian kita, kerana dengan berwudhu' :

1-Melatih kita tertib dan berdisiplin
2-Menenangkan jiwa, rohani dan emosi
3-Merasa suci dari kekotoran -hadas kecil mahupun besar
4-Membuang dosa-dosa kecil dan mendapat pahala

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))

dan banyak lagi fadhilat wudhu' yang kita boleh dapat, amalkan mengambil wudhu' bukan sahaja untuk menunaikan solat, malah dalam apa jua perkara yang kita lakukan, seperti sebelum membaca Al-Quran, sebelum tidur, selepas mandi, sebelum pergi ke kerja/sekolah, selepas berhadas dan sebagainya.

Percayalah.. dengan izin Allah, kita akan merasa berwudhu' tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan mukmin.. :)

Friday, June 7, 2013

Asal Usul Kalendar

Kita sering mencatit, menanda, mencoret kalendar di hadapan kita....

Tapi, tahukah kita bagaimana, dari mana, perkiraan kalendar dicipta?
perkara ini membuatkan kita berfikir... akan kalendar...
Tahun berganti tahun,..masa tetap berdetik tanpa menunggu sesiapa.....
Tarikh/Takwim ditentukan oleh orang-orang terdahulu melalui peredaran bulan, matahari dengan menggunakan hari dan bulan.

Kalendar Suria (Solar) 

Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya ialah Kalendar Gregorian dan Takwim Julius.

Kalendar Qamari (Lunar) 


Kalendar Qamari adalah berpandukan bulan semata-mata, iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah.

Kalendar Lunisolar 

Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari. Contohnya ialah Kalendar Cina.


Takwim Julius

  • telah diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar dan dikuatkuasakan pada tahun 45 SM (709 ab urbe condita)
  • direka bentuk lebih kurang menyamai tahun tropika yang telah diketahui sekurang-kurang sejak zaman Hipparchus lagi
  • terdiri daripada 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambahkan pada bulan Februari setiap empat tahun. 
  • masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan masih digunakan oleh banyak gereja Ortodoks negara

Takwim Gregory

  • takwim yang paling banyak digunakan di hampir Seluruh Dunia. Ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit
  • Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga, perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi.

No.NamaJumlah Hari
1Januari31
2Februari28 atau 29
3Mac31
4April30
5Mei31
6Jun30
7Julai31
8Ogos31
9September30
10Oktober31
11November30
12Disember31

Takwim Hijrah

  • merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.
  • penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidinyang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arabyang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
  • Saidina Umar r.a telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
  • peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan.
  • terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari

Pengharaman mengubah bilangan bulan dalam Takwim Hijrah

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
 dalam khutbah terakhir baginda,  Nabi Muhammad s.a.w  di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah (perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):

Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: ZulkaedahZulhijjah dan Muharram, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.

tiga bulan suci (atau bulan haram) berturut-turut yang dinyatakan oleh baginda iaitu ZulkaedahZulhijjah dan Muharram

Bulan suci yang tunggal lain ialah Rejab.


p/s:Jadi,kalendar Takwim Gregory & Takwim Hijrah yang kita telah gunakan di negara kita Malaysia sejak dahulu lagi. Bagi kita umat Nabi Muhammad s.a.w, wajib menggunakan Takwim Hijrah sebagai rujukan. Pernah kita kaji di bulan dan tahun hijrah apa kita lahir?.. sebab kita patut tahu, hari, tarikh dan tahun kita dilahirkan, kita tak akan tahu hari, tarikh dan tahun bila kita akan dimatikan oleh Maha Pencipta... Jadi, sama-sama kita kongsi buat peringatan kita yang selalu lupa :)